NOORUL memperkatakan sesuatu kepada Jusoh Udin pada majlis penyampaian wakalah Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB) bersama Perkeso di Wisma Perkeso Petaling Jaya. FOTO Owee Ah Chun
NOORUL memperkatakan sesuatu kepada Jusoh Udin pada majlis penyampaian wakalah Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB) bersama Perkeso di Wisma Perkeso Petaling Jaya. FOTO Owee Ah Chun
Aida Adilah Mat


YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menerima khabar gembira daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bakal memberi suntikan dana bagi membantu melancarkan urusan yayasan itu.

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, khabar gembira itu diterimanya selepas bertemu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, baru-baru ini.

Katanya, suntikan itu adalah yang pertama kali daripada KBS kepada Yakeb atas dasar keprihatinan KBS selepas turut membantu kewangan yayasan itu ketika Covid-19 yang lalu bagi membantu 3,000 bekas atlet di bawah Yakeb.

Dalam perkembangan yang sama Noorul yang ditemui pada majlis penyampaian wakalah Yakeb bersama Perkeso semalam, memaklumkan dua bekas atlet negara iaitu Jusof Udin bekas pelumba basikal dan pemain sepak takraw Muhammad Kamal Ishak menjadi atlet pertama menerima wakalah berkenaan.

"Ia adalah kerjasama pertama Yakeb bersama Perkeso dalam program wakalah ini. Selepas ini Yakeb merancang untuk pergi kepada zakat Wilayah untuk zakat wakalah pada Ogos ini selain Affin Bank turut berminat menjalinkan kerjasama dalam program ini.

"Melalui skim wakalah yang sudahpun bermula di Selangor, kami akan cuba mengembangkan bantuan untuk ke negeri-negeri lain bagi membantu bekas atlet di negeri masing-masing," katanya.

Selain itu Noorul turut menjelaskan bahawa mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan skim Pencen Ilat buat atlet. Bagaimanapun bagi membolehkan atlet menerima skim berkenaan mereka perlu menjadi pencarum Perkeso sekurang-kurangnya untuk tempoh 48 bulan.

Sementara itu, Jusof yang beraksi dalam acara trek dan lebuh raya pada era 70an mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yakeb di atas bantuan yang dihulurkan dalam meringankan bebanan yang kini terpaksa ditanggungnya apabila perlu terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

"Saya bersyukur kerana saya berasa masih dihargai walaupun sudah lama berhenti. Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan Perkeso.

"Yakeb banyak membantu saya dari segi kewangan dan perubatan dan memang mereka menatang saya bagai minyak yang penuh. Yakeb sentiasa bertanya khabar kesusahan saya," katanya yang sebelum ini menjalani rawatan pintasan jantung Jun tahu

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 6:20 PM