Jack Charlton. FOTO AFP
Jack Charlton. FOTO AFP
AFP

JACK Charlton salah seorang daripada pemain pasukan England yang memenangi Piala Dunia 1966, meninggal dunia pada usia 85 tahun umum bekas kelabnya, Leeds United, hari ini.

Charlton abang kepada seorang lagi pemenang Piala Dunia iaitu Bobby - memainkan watak penting untuk membantu Leeds United memenangi kejuaraan liga 1969 dan Piala FA 1972.

Charlton turut melakar kejayaan sebagai pengurus Republik Ireland yang mendapat jolokan 'Saint Jack' kerana membawa pasukan untuk mara ke beberapa kejohanan utama termasuk suku akhir Piala Dunia 1990.

"Jack meninggal dunia dengan tenang semalam pada usia 85 tahun. Mendiang meninggal dunia di sisi keluarganya di kediaman mereka di Northumberland.

"Dia seorang yang peramah dengan ramai orang, suami, bapa, dan datuk yang penyayang," menurut keluarga terdekat mereka.

Leeds United dalam satu kenyataan merakam simpati kepada keluarga mendiang dan menyifatkan ia berita sedih buat seluruh pasukan.

Charlton mencatat rekod 773 penampilan bersama Leeds United dalam tempoh 23 tahun dan menjadi antara pertahanan tengah terbaik yang pernah disaksikan dalam arena bola sepak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 7:37 PM