Gambar kiri : Ronaldo bersama Cuadrado. Gambar kanan : Ronaldo mengikat rambut ketika beraksi. FOTO Agensi
Gambar kiri : Ronaldo bersama Cuadrado. Gambar kanan : Ronaldo mengikat rambut ketika beraksi. FOTO Agensi
Agensi

PENAMPILAN bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo sering menarik perhatian sama ada ketika beraksi atau aktiviti di luar padang.

Ronaldo atau CR7, 35, mencetus fenomena tersendiri bagi peminat bola sepak.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or sering berinteraksi dengan peminatnya.

Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu, berkongsi aktiviti dilakukannya bersama lebih 227 juta pengikut Instagramnya.

Ronaldo diketahui pernah menyimpan rambutnya sejak tahun lalu selepas di lihat tampil beraksi di pandang dengan gaya mengikat rambut.

Gambar dia bersama rakan sepasukannya di Juve, Juan Cuadrado dengan gaya gambar rambut ala afro mencuri perhatian peminat.

Pelbagai maklum balas yang diberikan peminatnya ada yang mahu Ronaldo tampil dengan gaya rambut berkenaan ketika beraksi.

Tidak kurang juga ada di kalangan mereka yang tidak menyukai gaya rambut pemain itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 12:36 PM