Costa (kanan) meraikan jaringan bersama Dybala. FOTO File Agensi
Costa (kanan) meraikan jaringan bersama Dybala. FOTO File Agensi
Agensi

SAYAP Juventus, Douglas Costa menamakan Paulo Dybala sebagai rakan sepasukan paling ‘kental’ berbanding Cristiano Ronaldo.

Pemain kebangsaan Brazil itu menyebut Dybala mengatasi pemenang lima kali Ballon d'Or, Ronaldo apabila ditanya oleh peminat ketika sesi siaran langsung di Instagram.

“Rakan sepasukan yang paling kuat adalah Paulino [Dybala],” katanya.

Costa sudah beraksi bersama Dybala sejak pertama kali menyertai Juve sebagai pemain yang dipinjamkan dari Bayern Munich pada 2017.

Ronaldo berpindah ke Turin setahun kemudian menerusi perjanjian bernilai 112 juta Euro (RM532.05 juta).

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo.
Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo.

Apa yang menjadi kebimbangan Costa ketika ini untuk kembali ke Itali dari Brazil, di mana dia meluangkan masa ketika penangguhan musim Serie A Itali.

Saingan liga utama Itali ditangguhkan serta merta sejak Mac berikutan pandemik Covid-19 namun terdapat rancangan untuk membenarkan pasukan kelab menyambung latihan bermula 4 Mei ini.

Semalam, penganjur Serie A mengumumkan perjanjian tidak terbatas kepada kelab untuk melengkapkan musim 2019-20, walaupun laporan terdapat bantahan daripada beberapa pasukan termasuk Torino dan Sampdoria.

“Saya berharap dapat kembali ke Itali tidak lama lagi,” kata Costa.

“Saya tidak sabar untuk kembali, terutamanya kerana saya tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan di sini lagi.”

Juve mengatasi satu mata daripada Lazio di puncak Serie A dengan baki 12 perlawanan apabila musim ditangguhkan. - Agensi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2020 @ 6:26 PM