Ben Mee (tengah) meraikan jaringan tunggal perlawanan berdepan Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris, pagi ini. FOTO AFP
Ben Mee (tengah) meraikan jaringan tunggal perlawanan berdepan Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris, pagi ini. FOTO AFP
AFP

KAPTEN Burnley, Ben Mee melakar penampilan ke 300 buat kelab dengan menjaringkan gol kemenangan 1-0 di Crystal Palace ketika the Clarets mendaki di tempat kelapan dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu memastikan barisan kendalian Sean Dyche menyamai mata dengan Tottenham Hotspur dan menghidupkan peluang beraksi di saingan bola sepak Eropah musim depan.

Seminggu sebelum mengatakan betapa 'malunya' dia ketika berada di kapal terbang selepas penonton membawa pesanan 'White lives Matter Burnley' ketika kekalahan 0-5 di Stadium Etihad ke atas Manchester City, pemain pertahanan itu tidak mempersiakan peluang menjaringkan gol di Selhurst Park ketika the Clarets mencatat kemenangan 1-0 ke atas Watford.

Mee menamatkan penantiannya selama tiga tahun menghasilkan jaringan pada minit ke-62 menerusi tandukan selepas memintas Gary Cahill berpunca daripada sepakan percuma Ashley Westwood.

Penjaga gol Palace, Vicente Guaita berjaya menahan bola berkenaan namun belum cukup untuk menghalang bola daripada terus menerjah gawang bagi gol tunggal perlawanan itu.

Mee dengan bersahaja memberitahu 'bagus' kerana dapat menjaringkan gol.

"Saya begitu merendah diri untuk membalas reaksi dalam temubual," katanya.

"Sangat bagus untuk mengetahuinya. Kelab turut menerima beberapa email dan ada di antaranya yang saya baca. Ia bukan malam yang hebat buat kami tapi kami memberi maklum balas dengan baik apabila mencatat dua kemenangan kembali."

Kekalahan itu menyebabkan Palace jatuh ke tangga ke-11 tetapi skuad kendalian Roy Hodgson masih selesa dengan 15 mata daripada zon penyingkiran ketika berbaki enam perlawanan liga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 7:57 AM