Penyerang Southampton, Danny Ings meledak gol ketiga pasukannya ketika berdepan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana pagi ini. FOTO AFP
Penyerang Southampton, Danny Ings meledak gol ketiga pasukannya ketika berdepan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana pagi ini. FOTO AFP
AFP

Southampton, United Kingdom: Danny Ings meledak dua gol selepas kembali daripada kecederaan ketika Southampton yang bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Perdana dengan kemenangan 3-1 di laman sendiri ke atas Crystal Palace pagi ini.

Kekalahan Fulham ke atas Burnley semalam mengesahkan skuad Cottagers pasukan ketiga yang tersingkir dari saingan liga, ketika Southampton berdepan kebimbangan menamatkan baki musim ini.

Kemenangan pertama dalam enam perlawanan menyaksikan skuad Saints mendaki tempat ke-14 dalam carta liga.

Mereka terpaksa bangkit selepas Palace mendahului 1-0 seawal dua minit permainan di St Mary's menerusi Christian Benteke.

Namun Ings, yang kembali cergas selepas tersisih dua perlawanan kerana kecederaan hamstring, menyamakan kedudukan pada minit ke-19 untuk meledak gol ke-11 liga pada musim ini.

Palace berpeluang mendahului sebelum rehat separuh masa selepas Wilfried Zaha dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti tetapi penalti Luka Milivojevic berjaya diselamatkan penjaga gol, Fraser Forster.

Tiga minit sebelum rehat skuad Saints mendahului apabila Che Adams meledak gol dari jarak dekat.

Penjaring terbanyak Saints, Ings hampir digantikan sebelum dia menggandakan jaringan kemenangan pasukannya pada minit ke-75 berpunca daripada gerakan Adams untuk menewaskan penjaga gol, Vicente Guaita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 8:09 AM