HAVERTZ (tengah) meledak gol pembukaan Leverkusen pada minit ke-28. FOTO AFP
HAVERTZ (tengah) meledak gol pembukaan Leverkusen pada minit ke-28. FOTO AFP
AFP

KAI Havertz meledak dua gol untuk membantu Bayer Leverkusen mencatat kemenangan 4-1 ke atas Werder Bremen sekali gus membolehkan mereka merapatkan jurang kepada satu mata dengan kelompok empat terbaik.

Pasukan pelawat itu berkunjung dengan ketinggalan empat mata di belakang pasukan tangga keempat RB Leipzig, yang sebelum itu hanya seri 1-1 menentang Freiburg Sabtu lalu.

Havertz, yang menjadi sasaran gergasi Eropah seperti Liverpool dan Barcelona, layak digelar bintang cemerlang dalam aksi semalam.

Pemain tengah itu setakat ini sudah meledak 12 gol dalam semua kejohanan musim ini, manakala tahun lalu dia mencetak 20 gol.

Ini juga kemenangan ke-10 Leverkusen dalam 11 penampilan namun kemenangan pertama mereka hadir ketika mengalahkan Rangers 3-1 dalam perlawanan pertama 16 terakhir Liga Europa. Mac lalu.

Selepas bermula dengan perlahan, Havertz memecah kebuntuan pada minit ke-28 namun Bremen menyamakan kedudukan setengah jam kemudian melalui pertahanan kanan, Theodor Gebre Selassie.

Bagaimanapun, Havertz sekali lagi meletakkan Leverkusen di depan tiga minit kemudian hasil tandukan yang berpunca dari sepakan percuma, Kerem Demirbay.

Anak buah Peter Bosz melengkapkan kemenangan selesa Leverkusen apabila menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua melalui Mitchell Weiser dan Demirbay.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 2:43 PM