WILLIAN tonggak Chelsea. FOTO Agensi
WILLIAN tonggak Chelsea. FOTO Agensi
Agensi

BINTANG Chelsea, Willian memberi bayangan masa depan selepas kelabnya menewaskan Everton bulan lalu.

Pemain Brazil itu bakal menjadi ejen bebas pada 1 Julai selepas dia gagal mencapai persetujuan kontrak baharu dengan kelab Stamford Bridge.

Barcelona dikaitkan dengan perpindahan Willian yang turut dibenarkan berunding dengan kelab lain sejak Januari lalu susulan situasi kontraknya.

Bagaimanapun, laporan di Sepanyol mendakwa pemain antarabangsa Brazil itu mengadakan rundingan dengan Liverpool.

Tetapi football.london difahamkan Willian tidak mengadakan sebarang rundingan dengan kelab Liga Perdana walaupun laporan di Sepanyol menyatakan sebaliknya.

Dia dibenarkan pulang ke Brazil pada awal perintah berkurung untuk bersama keluarga dan berdasarkan apa diperkatakan pada Mac lalu membayangkan masa depannya.

"Kami benar-benar sukakan London, banyak kali saya berkata mengenainya," katanya kepada ESPN Brasil selepas Chelsea menang 4-0 ke atas skuad Carlo Ancelotti.

"Ia adalah bandar saya dan keluarga suka tinggal. Saya tak tak tahu kenapa dia (isterinya) memuatnaik kenyataan itu tetapi kontrak situasi tidak mudah. Chelsea menawarkan saya dua tahun tetapi saya mahu tiga tahun dan ia terhenti setakat itu."

Willian menjadi nadi penting kepada skuad Chelsea sejak berpindah dari Shakhtar Donetsk pada 2013 dengan harga £30 juta (RM161 juta). Dia menjaringkan 33 gol dalam 226 aksi Liga Perdana dan membantu kelab meraih dua gelaran liga di samping juara Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2020 @ 11:52 AM