KELAB Itali menunggu lampu hijau untuk menyambung semula latihan. FOTO Agensi
KELAB Itali menunggu lampu hijau untuk menyambung semula latihan. FOTO Agensi
AFP

MENTERI Sukan Itali, Vincenzo Spadafora menjelaskan semua langkah harus diambil kira apabila beliau berjanji untuk membuat keputusan sama ada kelab bola sepak boleh kembali berlatih selepas pandemik Covid-19.

Spadafora mengadakan dua jam perbincangan sidang video bersama wakil bola sepak Itali, termasuk ketua persekutuan, wakil liga profesional dan amatur, pemain serta doktor.

"Saya mendengar dengan penuh perhatian dengan pelbagai jawatan dan dalam beberapa lagi, selepas berbincang dengan Menteri Kesihatan dan Jawatankuasa Teknikal Saintifik, kami akan memberitahu berkenaan kemungkinan dan prosedur penyambungan semula latihan," kata Spadafora.

Semua acara sukan di Itali ditangguhkan sejak enam minggu lalu selepas negara berkenaan dihimpit krisis Covid-19 yang mengorbankan 25,000 orang.

"Saya dapat memberitahu anda bahawa apa yang saya lakukan ini dengan penuh berhati-hati bukannya digemari semua orang.

"Bagaimanapun kami mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk memastikan seluruh negara, termasuk sukan dunia dapat berdepan dengan krisis kesihatan ini.

"Saya juga seorang penyokong yang tidak pernah terlepas untuk memberi sokongan kepada pasukan kegemaran saya.

"Saya tidak sabar untuk melihat saingan Euro tahun ini namun ia ditunda, sama seperti Olimpik, Giro d'Italia dan semua kejohanan di negara kita.

"Ia sangat mengecewakan, lebih menyakitkan, perkara ini menyerang negara kita, Eropah dan seluruh dunia," kata Spadafora.

Kesemua 20 pasukan Serie A sebulat suara Selasa lalu mahu saingan liga diteruskan, selepas ia ditangguh sejak 9 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 2:37 PM