Jorge Jesus (tengah) memberi arahan kepada pemainnya.  FOTO Reuters
Jorge Jesus (tengah) memberi arahan kepada pemainnya. FOTO Reuters
Reuters

JURULATIH Flamengo, Jorge Jesus didapati positif koronavirus dan kini dikuarantin di Rio de Janeiro ketika doktor melakukan ujian pengesahan kedua menurut jurulatih itu dan kelabnya hari ini.

“Memang benar ujian terhadap saya didapati positif dan adalah benar juga saya rasa seperti biasa sahaja,” kata jurulatih warga Portugal itu menerusi Instagram.

“Saya rasa hari ini adalah sama seperti sebulan, setahun, dua, atau tiga tahun lalu. Saya tidak mempunyai simptom tapi ujian berkenaan mendapati positif.”

“Saya akan diletakkan dalam kuarantin. Saya fikir mungkin dalam seminggu atau dua, jika tiada aral dengan izin Tuhan saya akan kembali seperti normal.”

Jesus yang memimpin Flamengo mengecapi kejuaraan liga Serie A tahun lalu dan trofi Copa Libertadores berkata dia dirawat oleh pasukan perubatan kelab itu.

Dalam satu kenyataan, Flamengo menjelaskan ujian keputusan itu tidak dapat disangkal atau positif awal dan ia memaksa mereka melakukan ujian kedua.

Kelab itu menggantung semua latihan pasukan utama dan skuad remaja selama seminggu.

Pengumuman itu hadir sehari selepas kejuaraan negeri Rio de Janeiro di tangguhkan selama 15 hari.

Jesus mengkritik persekutuan bola sepak negeri Rio yang membenarkan perlawanan diteruskan sehingga minggu lalu berkata pemain bola sepak dan staf sokongan bukan manusia luar biasa dan perlu dilindungi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 7:54 AM