FERNANDINHO bersama keluarga ketika menandatangani perjanjian lanjutan kontrak. FOTO Agensi
FERNANDINHO bersama keluarga ketika menandatangani perjanjian lanjutan kontrak. FOTO Agensi
AFP

FERNANDINHO menandatangani kontrak lanjutan setahun dengan Manchester City, umum juara Liga Perdana Inggeris hari ini.

Pemain tengah Brazil berusia 34 tahun itu yang perjanjian sebelum ini tamat pada penghujung musim bakal terus kekal di Stadium Etihad sehingga 2021.

Fernandinho menjadi tonggak City sejak kedatangannya dari Shakhtar Donetsk pada 2013 dengan harga £30 juta (RM159 juta).

"Ini berita paling ditunggu,” kata Fernandinho. "Saya menikmati setiap saat masa saya di City.

Saya tak sangka membina hubungan cukup bermakna dengan kelab dan penyokong tetapi ia berlaku dan saya bersyukur setiap hari.”

Walaupun berperanan sebagai pemain tengah bertahan, Fernandinho menghabiskan kebanyakan masa beraksi di bahagian pertahanan tengah susulan City kekurangan pilihan di bahagian itu.

Fernandinho menjuarai tiga gelaran Liga Perdana dan empat Piala Liga Inggeris sejak menyertai City tetapi terlepas aksi final Piala FA musim lalu akibat kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 11:56 PM