ZLATAN Ibrahimovic. FOTO AFP
ZLATAN Ibrahimovic. FOTO AFP
AFP

ZLATAN Ibrahimovic berjanji membantu kebangkitan AC Milan dalam saingan Serie A musim ini ketika pencabar setempat Inter Milan kembali merebut gelaran dengan Juventus hujung minggu ini selepas rehat musim sejuk.

Milan menanti kunjungan Sampdoria Isnin ini, perlawanan pertama sejak tewas 0-5 kepada Atalanta bulan lalu yang mencetuskan kepulangan Ibrahimovic.

“Saya sedia dan harap dapat bermain,” kata Ibrahimovic, 38 apabila kembali ke Milan sembilan tahun selepas menyertai Paris Saint Germain.

“Permainan di padang perlu ditingkatkan dan itulah sebabnya saya berada di sini. Saya tahu apa yang perlu dilakukan. Zlatan masih ada di sini.”

Milan, juara Eropah tujuh kali itu berada di tangga ketujuh liga, 14 mata daripada kelompok Liga Juara-Juara dan tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Sebaliknya Inter kini mencabar penguasaan juara bertahan Juventus di puncak Serie A, kedua-dua pasukan berkongsi mata dengan 42 mata daripada 17 perlawanan.

Skuad Antonio Conte Inter berkunjung ke Napoli manakala Juve berada di laman sendiri menentang Cagliari di tangga keenam, pasukan yang mencipta kejutan dan turut memburu tiket Liga Juara-Juara.

Inter Milan tidak pernah menang di laman Napoli, Stadio San Paolo sejak Oktober 1997 tetapi naib juara musim lalu itu di tangga kelapan musim ini dengan Gennaro Gattuso menggantikan Carlo Ancelotti bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 11:26 AM