MIKEL Arteta percaya kewibawaan Mesut Ozil mampu menjadi kunci terhadap kebangkitan Arsenal. FOTO AFP
MIKEL Arteta percaya kewibawaan Mesut Ozil mampu menjadi kunci terhadap kebangkitan Arsenal. FOTO AFP
AFP

PENGENDALI Arsenal Mikel Arteta percaya kewibawaan Mesut Ozil mampu menjadi kunci terhadap kebangkitan kelab itu musim ini tetapi bintang Jerman itu tidak boleh melakukannya bersendirian.

Ozil,31, yang baru-baru ini dikatakan akan meninggalkan Emirates, menerima tepukan gemuruh daripada peminat Ahad lalu meskipun tewas 1-2 kepada Chelsea.

“Mesut mempamerkan aksi hebat ke atas Chelsea. Saya berharap dia akan mengekalkan tahap itu setiap tiga atau empat hari,” kata Arteta yang pasukannya akan berdepan Manchester United awal pagi esok.

“Prestasinya juga semakin meningkat dan saya jelaskan dia bersedia melakukannya. Dia menunjukkannya ketika latihan. Struktur pasukan sepatutnya membantunya mengeluarkan apa yang terpendam.

“Dia tidak boleh melakukannya bersendirian, dia perlukan sokongan dan kerjasama rakan sepasukan.

“Hanya ada satu atau dua pemain di dunia ini yang boleh melakukannya. Dia perlukan bantuan.”

Arsenal melangkah ke perlawanan Tahun Baru di tangga ke-12, 11 mata ketinggalan daripada kelompok Liga Juara-Juara.

Mereka juga hanya enam mata daripada zon penyingkiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 9:50 AM