James Milner (kanan) ketika beraksi bersama Liverpool. FOTO EPA
James Milner (kanan) ketika beraksi bersama Liverpool. FOTO EPA
Agensi

PEMAIN tengah Liverpool, James Milner bersetuju melanjutkan kontrak untuk kekal di pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sehingga 2022.

Tonggak berusia 33 tahun itu menyertai the Reds dengan perpindahan percuma daripada Manchester City pada Jun 2015 dan berada dalam musim akhir bagi perjanjian bermain sebelum ini.

Dia memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool musim lalu, serta medal pemenang Piala Super pada Ogos.

“Ini sememangnya sesuai buat saya - kekal dan beraksi di peringkat tertinggi selagi saya mampu,” kata Milner.

“Masih jauh lagi, jauh lagi perjalanan yang di tuju, tapi kami akan terus berjuang untuk memperbaiki dan memperoleh kejayaan buat kelab ini.”

Lanjutan kontrak berkenaan diumumkan pada hari sama apabila pengurus pasukan Jurgen Klopp menandatangani kontrak baharunya sehingga 2024.

Milner menambah : “Jelas sekali ramai yang menunggu keputusan sama ada saya akan menandatangani kontrak saya, ia menjadikan saya rasa turut memainkan peranan penting dalam pasukan!”

Milner melakukan penampilan pertama di Liga Perdana pada usia 16 tahun buat Leeds pada 2002 dan dia berada dalam rekod senarai penampilan pemain muda yang ke enam sepanjang zaman.

Dia beraksi buat England pada 2009 dan memenangi 61 kap, mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa pada 2016.

Milner melakukan penampilan ke 198 buat Liverpool, menjaring 25 gol dan tampil dalam lima final merebut piala.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Disember 2019 @ 10:54 AM