GUARDIOLA resah dengan prestasi City ketika ini. FOTO Agensi
GUARDIOLA resah dengan prestasi City ketika ini. FOTO Agensi
Reuters

MANCHESTER City perlu menerima hakikat mereka mungkin tidak mampu menyaingi kelab utama Eropah ketika ini, menurut pengurus Pep Guardiola.

Kekalahan 1-2 kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana pada Sabtu lalu adalah yang keempat musim ini dan menduduki tangga ketiga dengan 14 mata di belakang pendahulu Liverpool.

Skuad Guardiola terperangkap dengan serangan balas pantas United dan prestasi mereka tidak seperti ketika menang tiga trofi musim lalu.

"Inilah tahap kami sekarang, menentang Liverpool, United, Barcelona, Madrid, Juventus - mereka pasukan kami perlu hadapi dan realitinya kami tak mampu berdepan mereka,” kata Guardiola kepada Sky Sports. "Kami perlu perbaiki dan terus ke hadapan."

Benteng City berdepan krisis kecederaan dengan pemain tengah, Fernando terpaksa beraksi sebagai pertahanan tengah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Realitinya kami kini 14 mata di belakang kerana kesilapan sendiri, kualiti lawan dan terutamanya perkara tidak boleh kawal,” katanya.

"Sekarang awal Disember dan kami ada kejohanan lain untuk kami perbaiki prestasi.”

City kembali beraksi pada awal Khamis ini apabila berkunjung ke Dynamo Zagreb dalam aksi Liga Juara-Juara namun mereka telah pun layak ke saingan kalah mati sebagai juara Kumpulan C.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 12:53 PM