Barisan pemain Bayern Munich kecewa selepas tewas 1-2 kepada Hoffenheim. FOTO Reuters
Barisan pemain Bayern Munich kecewa selepas tewas 1-2 kepada Hoffenheim. FOTO Reuters
AFP

EMPAT hari selepas membelasah Tottenham dalam saingan Eropah, Bayern Munich mengharungi kekalahan pertama musim ini dalam saingan Bundesliga kepada Hoffenheim, 1-2 di Allianz Arena, Berlin, awal pagi ini.

Jaringan pada separuh masa kedua menerusi penyerang Sargis Adamyan mengesahkan kemenangan pertama Hoffenheim di gelanggang Bayern itu ketika skuad kendalian Niko Kovac kembali ditunjukkan jalan ke ‘alam nyata’ selepas membelasah Spurs 7-2 dalam kempen Liga Juara-Juara.

“Ini adalah impian besar buat saya,” kata pemain antarabangsa Armenia, Adamyan yang bernilai 1.5 juta Euro dari kelab Divisyen Dua Jahn Regensburg pada Mei lalu.

“Kemenangan ini amat penting untuk menunjukkan kami mampu menewaskan mana-mana pasukan dalam Bundesliga,” tambahnya ketika Hoffenheim memenangi perlawanan pertama dalam lima perlawanan.

Sargis Adamyan (tengah) menjaringkan gol Hoffenheim untuk menewaskan Bayern Munich. FOTO Reuters
Sargis Adamyan (tengah) menjaringkan gol Hoffenheim untuk menewaskan Bayern Munich. FOTO Reuters

Ia adalah kekalahan pertama Bayern di gelanggang sendiri dalam tempoh hampir setahun.

Robert Lewandowski menyamakan kedudukan jaringan dengan gol ke-11 dalam Bundesliga musim ini, menjaringkan gol buat kali ketujuh berturut-turut dalam perlawanan liga sebelum Adamyan memeasti kemenangan pasukannya dengan gol kedua pada penghujung babak permainan di Allianz Arena.

“Kami gagal meneruskan persembahan terbaik yang dilakukan pada Selasa,” akui Kovac.

“Selepas waktu rehat kami melakukan banyak kesilapan dan kami tidak memberikan tekanan kepada pasukan lawan. Hoffenheim patut menang.”

Bayern bagaimanapun masih kekal di kedudukan teratas liga selepas perbezaan jaringan daripada RB Leipzig, Freiburg, Schalke dan Bayer Leverkusen dengan kesemua pasukan mengumpul 14 mata.

Keputusan perlawanan Liga Jerman

Bayern Munich 1 Hoffenheim 2

Bayer Leverkusen 1 RB Leipzig 1

Freiburg 2 Borussia Dortmund 2

Paderborn 1 Mainz 2

Schalke 1 Koln 1

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 8:38 AM