AKSI Hafizh (kanan) ketika ‘melayan’ selekoh di Litar Sepang. -  FOTO Syarafiq Abd Samad
AKSI Hafizh (kanan) ketika ‘melayan’ selekoh di Litar Sepang. - FOTO Syarafiq Abd Samad
Saiful Affendy Sapran


"TIDAK banyak boleh saya lakukan dan minta maaf kepada semua." Demikian luahan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 sekali gus gagal mengutip mata pada penampilan terakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam kelas utama itu.

Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu mengakui agak beremosi sepanjang 20 pusingan perlumbaan kerana akan meninggalkan kelas MotoGP untuk kembali ke saingan Moto2 musim depan bersama pasukan Angle Nieto.

"Perlumbaan hari ini sangat sukar tetapi hanya itu saja mampu saya lakukan. Ia sangat beremosi untuk saya kerana beraksi kali terakhir dalam kelas MotoGP. Tetapi saya akan kembali ke Moto2 musim depan.

“Saya sudah melakukan lebih daripada 100 peratus tetapi kami harus akui kemampuan jentera agak terhad. Saya hargai sokongan semua peminat dan terima kasih kepada pasukan yang sentiasa bersama dan bekerja keras membantu saya. Saya harap dapat meraih keputusan lebih baik pada musim depan," katanya yang bermula di petak ke-20.

Sementara itu seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin yang beraksi bersama Petronas Sprinta Racing menggantikan rakan senegara, Khairul Idham Pawi gagal menamatkan perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 6:19 PM