HAFIZH  Syahrin bakal sertai Moto2 musim depan.
HAFIZH Syahrin bakal sertai Moto2 musim depan.
Saiful Affendy Sapran


PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menerima tawaran untuk bersama pasukan Tech 3 di saingan Moto2 musim depan.

Perkara itu disahkan sendiri pemilik Tech 3, Herve Poncharal yang berkata kini terpulang kepada Hafizh untuk menerima tawaran itu atau sebaliknya selepas kontraknya bersama Red Bull KTM Tech 3 di kelas MotoGP berakhir hujung tahun ini.

"Saya ada bercakap dengan Hafizh beberapa pusingan perlumbaan sebelum ini. Jadi ia bukan sesuatu mengejutkan untuknya apabila kami membuat pengumuman rasmi (Brad) Binder akan menyertai Tech 3 di kelas MotoGP.

"Dia melakukan banyak perkara positif untuk kami. Dia sangat membantu ketika kami kehilangan khidmat Jonas Folger tahun lalu.

"Sejak dari awal lagi Hafizh mempunyai peluang untuk kekal bersama kami di saingan Moto2 tahun depan. Sekarang terpulang kepadanya. Saya akan membuat keputusan barisan pelumba Moto2 kami di Silverstone (Grand Prix British)," katanya seperti dipetik laman web Motorsport.com.

Perkembangan terbaru itu mungkin akan menyaksikan hasrat melihat Hafizh beraksi bersama pasukan negara, PETRONAS SRT di saingan Moto2 musim depan tidak kesampaian.

Malah khabar angin kuat menyatakan PETRONAS SRT sedang berusaha mendapatkan Alex Marquez di saingan Moto2 bagi musim depan dengan perancangan menawarkan tempat kepadanya di saingan MotoGP pada musim seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 6:52 PM