Kante (kiri) kini menjadi rebutan Juventus dan Real Madrid. FOTO REUTERS
Kante (kiri) kini menjadi rebutan Juventus dan Real Madrid. FOTO REUTERS
Agensi

REAL Madrid dilaporkan cuba untuk mendapatkan khidmat pemain tengah bertahan Chelsea, N'Golo Kante.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis berusia 26 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan untuk bersatu semula dengan Maurizio Sarri di Juventus.

Menurut laporan akhbar Sport di Sepanyol, Los Blancos menyatakan minat mereka untuk mendapatkan pemain terbabit.

Skuad Zinedine Zidane kini berada di tangga teratas La Liga tetapi prestasi mereka jauh daripada menyakinkan terutamanya pada saingan di Eropah.

Kelab itu mula meragui keupayaan pemain tengah bertahan Brazil Casemiro selepas mereka mengalami kekalahan 3-0 di Paris Saint-Germain.

Chelsea pula perlu bertindak mempertahankan Kante daripada menyertai Eden Hazard di ibu kota Sepanyol itu.

Bos Juventus, Sarri pula dilaporkan yakin boleh mendapatkan Kante dengan nilai hanya £70 juta (RM361j) untuk membarisi barisan tengah bintang kelab Itali itu.

Kelab Turin itu sudahpun mendapatkan Aaron Ramsey serta Miralem Pjanic, Blaise Matuidi dan Adrien Rabiot.

Kante kini beraksi di bahagian depan di bawah kendalian Frank Lampard selepas penyokong mengkritik Sarri kerana menggunakan Jorginho sebagai pemain tengah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 5:31 PM