Pepe Reina (dua kiri) menyelamatkan sepakan penalti pada perlawanan menentang Genoa. FOTO EPA
Pepe Reina (dua kiri) menyelamatkan sepakan penalti pada perlawanan menentang Genoa. FOTO EPA
AFP

PENJAGA gol Pepe Reina menepis sepakan penalti pada masa kecederaan untuk memastikan AC Milan bangkit mencatat kemenangan 2-1 menewaskan pasukan bergelut Genoa awal pagi ini, dengan kedua-dua pasukan beraksi 10 pemain selepas tamat perlawanan.

Reina beraksi dalam barisan permulaan buat skuad yang berdepan musim menakutkan selepas penjaga utama Gianluigi Donnarumma tidak beraksi kerana masalah kesihatan sebelum sepak mula.

Warga Sepanyol Reina melakukan kesilapan jangkaan apabila sepakan bebas jarak jauh pemain Denmark Lasse Schone membenarkan Genoa mendahului gol sebelum waktu rehat.

Namun Theo Hernandez menyamakan kedudukan buat Milan selepas 51 minit dan Franck Kessie menambah jaringan kedua dari jarak dekat enam minit kemudian, sebelum Reina menafikan sepakan penalti yang disempurnakan Schone empat minit dalam masa kecederaan.

Theo Hernandez (kanan) meraikan jaringan penyamaan Milan. FOTO EPA
Theo Hernandez (kanan) meraikan jaringan penyamaan Milan. FOTO EPA

Masa depan pengendali Milan, Marco Giampaolo masih lagi menjadi tanda tanya selepas bekas gergasi Eropah itu hanya mencatat dua kemenangan dalam enam perlawanan pembukaan.

Tekanan juga berpihak di Genoa, apabila tuan rumah turut mengalami detik sukar, dengan dua kad merah dilayangkan kepada pemain.

Tiga mata memastikan Milan menafikan kekalahan keempat berturut-turut dan melonjak pasukan lima anak tangga carta pada kedudukan ke-11 selepas tujuh perlawanan.

“Tekanan amat hebat dan kami kelemasan pada separuh masa pertama,” kata Giampaolo.

“Saya menyuruh mereka bermain dengan aksi terbaik sepanjang perlawanan dan mereka melakukan semuanya. Saya mahu pasukan bangkit selepas waktu rehat, tanpa memikirkan soal lain.”

Keputusan Perlawanan Liga Itali

SPAL 1 Parma 0

Hellas Verona 2 Sampdoria 0

Genoa 1 Milan 2

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 8:10 AM