Jurulatih AC Milan, Marco Giampaolo. FOTO Agensi
Jurulatih AC Milan, Marco Giampaolo. FOTO Agensi
Agensi

PENJAGA gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma mendakwa pemain kelab itu penyokong penuh di belakang jurulatih mereka yang berdepan tekanan Marco Giampaolo.

Milan berada di kedudukan ke-13 dalam Serie A selepas mencatat tiga kekalahan dalam lima perlawanan permulaan saingan peringkat liga.

Selepas memulakan aksi pembukaan dengan kekalahan ke atas Udinese, Milan mencatat kemenangan dalam dua perlawanan menentang Brescia dan Hellas Verona namun sejak itu pasukan berkenaan mengalami kekalahan berturut-turut.

Minggu lalu ditewaskan seteru bandar Milan, Inter dengan 0-2 dalam pertembungan musuh setempat di San Siro dan semalam skuad itu gagal memanfaatkan kelebihan jaringan 1-0 sebelum tumpas 1-2 di Torino.

ZLATAN Ibrahimovic (kiri) kecewa selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri. FOTO AP
ZLATAN Ibrahimovic (kiri) kecewa selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri. FOTO AP

Di sebalik kesukaran itu, Donnarumma percaya rakan sepasukannya bersatu di belakang Giampaolo menjelang perlawanan berdepan Fiorentina pada awal pagi Isnin.

“Kami semua bersama dengannya,” kata penjaga gol berusia 20 tahun itu. “Giampaolo seorang jurulatih hebat. Saya mohon maaf kerana perlawanan di Torino kami beraksi baik dan kami tak patut kalah.

“Ia adalah perkara biasa untuk bergelut sedikit pada permulaan dengan idea baru dan pemain baru, tetapi kami harus ikut arahannya. Kami semua bersamanya.

“Selepas gol pertama, kami gagal mempertahankannya. Kami perlu memperbaiki perkara ini. Jika kami terus menguasai permainan, kami mungkin pulang dengan kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 12:18 PM