Brigid Kosgei dari Kenya bergambar selepas memecah rekod dunia untuk memenangi acara Maraton Chicago. FOTO AFP
Brigid Kosgei dari Kenya bergambar selepas memecah rekod dunia untuk memenangi acara Maraton Chicago. FOTO AFP
AFP

BRIGID Kosgei, yang memecah rekod dunia acara maraton minggu lalu antara 11 calon yang diumumkan dalam senarai anugerah atlet olahraga wanita Terbaik Dunia.

Rakan senegara pelari Kenya itu, Eliud Kipchoge, menjadi atlet pertama berlari jarak maraton dalam masa bawah dua jam, antara salah seorang daripada 11 atlet dalam kategorinya yang menyertai nama dikeluarkan badan pentadbiran dunia atlet olahraga di Nairobi.

Dua pelari maraton berkenaan sahaja antara calon tersenarai yang tidak memenangi pingat emas di Kejohanan Dunia di Doha, baru-baru ini.

Brigid, 25, memecahkan rekod dunia acara maraton wanita dalam tempoh 16 tahun yang dilakukan atlet Britain, Paula Radcliffe pada Ahad lalu, dengan masa dua jam 14 minit dan empat saat di Chicago.

Dia antara tiga atlet Kenya dalam senarai wanita. Atlet lain juara dunia acara lari berhalangan 3,000m Beatrice Chepkoech dan juara dunia dua kali acara 5,000m, Hellen Obiri.

Kipchoge menyertai senarai atlet lelaki bersama rakan senegara, Timothy Cheruyiot yang memenangi 10,000m kejuaraan dunia dalam senarai lelaki yang di dominasi atlet Amerika.

Pelari pecut, Christian Coleman dan Noah Lyles, Sam Kendricks (lombat bergalah), Christian Taylor (lompat kijang) dan pelari 800m, Donavan Brazier turut berada dalam senarai.

Brazier adalah salah satu daripada dua senarai calon yang berada dalam kumpulan projek Oregon yang mencetus kontroversi dan dilatih oleh Alberto Salazar yang digantung kerana doping ketika Kejohanan Dunia bermula.

Selain itu, turut tersenarai atlet Belanda kelahiran Ethiopia, Sifan Hassan, yang memenangi kedua-dua acara 1,500m dan 10,000 di Doha.

Senarai atlet wanita :

Beatrice Chepkoech (KEN), Shelly-Ann Fraser-Pryce (JAM), Katarina Johnson-Thompson (GBR), Sifan Hassan (BEL), Brigid Kosgei (KEN), Mariya Lasitskene (ANA), Malaika Mihambo (JER), Dalilah Muhammad (USA), Salwa Eid Naser (BRN), Hellen Obiri (KEN), Yulimar Rojas (VEN)

Senarai atlet lelaki :

Donavan Brazier (USA), Christian Coleman (USA), Joshua Cheptegei (UGA), Timothy Cheruyiot (KEN), Steven Gardiner (BAH), Sam Kendricks (USA), Eliud Kipchoge (KEN), Noah Lyles (USA), Daniel Stahl (SWE), Christian Taylor (USA), Karsten Warholm (NOR)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 10:33 PM