DOVIZIOSO ungguli Silverstone pada 2017. - FOTO Agensi
DOVIZIOSO ungguli Silverstone pada 2017. - FOTO Agensi
AFP

SELEPAS muncul juara di Austria, Andrea Dovizioso dan Ducati berusaha merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Marc Marquez di MotoGP British, Ahad ini.

Perlumbaan tahun lalu dibatalkan akibat litar ditakungi air tetapi cuaca hujung minggu ini dijangka baik dengan Ducati dan Yamaha pasti mahu meneruskan dominasi di Silverstone yang dikuasai mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Juara dunia lima kali, Marquez dan Honda berpeluang membalas dendam ke atas Dovizioso yang menghancurkan harapan mereka di Grand Prix Austria pada 11 Ogos lalu.

Dovizioso kini meraih 58 mata di belakang Marquez dengan lapan lagi baki perlumbaan.

Marquez menang di Silverstone pada 2014 dan Dovizioso menjuarainya pada 2017.

Dovizioso berkata: "Walaupun karakter litar British tidak memihak kami seperti Brno and Spielberg, kami masih mampu memecut laju dengan menjuarainya pada 2017.”

Bagaimanapun, Marquez yang berada pada prestasi terbaik tahun ini kekal calon pilihan menjuarainya apabila enam kali muncul juara daripada 11 perlumbaan.

Satu lagi berita baik buat Honda adalah kepulangan semula rakan sepasukan Marquez yang juga juara dunia tiga kali, Jorge Lorenzo yang terpaksa diketepikan susulan kecederaan sejak pusingan kelapan di Belanda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 12:07 PM