JESUS (kiri) ketika menjaringkan gol yang tidak dikira. FOTO/REUTERS
JESUS (kiri) ketika menjaringkan gol yang tidak dikira. FOTO/REUTERS
AFP

“SAYA cintakan VAR,” seloroh pengurus Tottenham Mauricio Pochettino selepas pasukannya meraih keputusan seri 2-2 di Manchester City apabila jaringan kemenangan Gabriel Jesus untuk juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu tidak disahkan.

Begitupun jaringan itu memberi petanda bahawa Spurs yang biarpun mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu dan memecah rekod pepindahan kelab untuk membeli pemain tengah Perancis Tanguy Ndombele, masih jauh untuk mencabar City selaku juara.

Anak buah Mauricio Pochettino ketinggalan 27 mata di belakang City musim lalu, dan sejumlah itu jugalah perbezaannya dari aspek percubaaan ke gawang apabila Tottenham membuat tiga percubaan, berbanding tuan rumah dengan 30.

City pastinya menyalahkan nasib dan pertahanan pincang yang membolehkan Erik Lamela dan Lucas Moura membatalkan jaringan Raheem Sterling dan Sergio Aguero dengan dua percubaan Spurs tepat ke gawang.

JESUS (kanan) kecewa dengan keputusan pengadil. FOTO/REUTERS
JESUS (kanan) kecewa dengan keputusan pengadil. FOTO/REUTERS

Bagaimanapun tiada bukti bahawa aksi itu menandakan kejatuhan standard City selepas menang tiga gelaran domestik Inggeris buat kali pertama musim lalu.

“Apabila orang berkata: ‘Anda boleh lakukan lebih baik’, saya tidak tahu jika ia boleh lebih baik daripada ini,” kata pengendali City Pep Guardiola dengan bangga.

“Kami bermain dengan luar biasa. Permainan terbaik dan ia bagus. Kami bermain dengan baik tetapi kami tidak boleh menang.

“Jika kami terus bermain dengan cara ini, kami tidak akan menyesal, itu yang pasti.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 8:23 AM