ERIKSEN mahu beraksi bersama kelab ternama Eropah. - FOTO Reuters
ERIKSEN mahu beraksi bersama kelab ternama Eropah. - FOTO Reuters
Agensi

TOTTENHAM sedia menaikkan gaji Christian Eriksen lebih sekali ganda bagi memastikan pemain itu terus kekal bersama mereka untuk tempoh jangka panjang.

Tetapi timbul kebimbangan selepas bintang Denmark itu memberi bayangan wang bukan tarikan utama untuknya menandatangani perjanjian baharu.

Spurs makin terdesak melanjutkan kontrak Eriksen dan sedia meningkatkan gaji pemain tengah itu sehingga £200,000 (RM1.02 juta) seminggu berbanding gaji sekarang, £80,000 (RM404 juta).

Bagaimanapun, Eriksen tidak memberi jaminan sedia menurunkan tandatangan malah menyatakan hasratnya untuk beraksi bersama kuasa besar bola sepak Eropah yang lain dengan

Real Madrid dan Juventus antara destinasi utama selepas ini.

Situasi itu sudah pasti meresahkan Spurs jika Eriksen yang dianggarkan bernilai £100 juta (RM505 juta) meninggalkan mereka pada musim panas ini.

Sumber melaporkan jika pemain itu sedia menurut kehendak Spurs, dia akan memasukkan klausa baharu bagi membolehkannya menyertai kelab tertentu dengan harga tetap.

Pengerusi Totenham, Daniel Levy masih boleh menjual Eriksen pada musim panas ini memandangkan jendela perpindahan masih dibuka sehingga 2 September depan. Bagaimanapun, skuad Mauricio Pochettino sudah pasti tak sanggup kehilangan Eriksen yang menyinar ketika Spurs menewaskan Aston Villa 3-1, Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 11:35 AM