POCHETTINO (kiri) dan Harry Kane ketika sidang akhbar di Singapura, semalam. - FOTO AFP
POCHETTINO (kiri) dan Harry Kane ketika sidang akhbar di Singapura, semalam. - FOTO AFP
Agensi

TOTTENHAM yang makin terdesak bagi memastikan Christian Eriksen kekal bersama mereka, kini memujuk pemain itu menandatangani kontrak baharu yang bakal menyaksikan gajinya meningkat dua kali ganda daripada £4 juta (RM20 juta).

Tottenham setakat ini gagal meyakinkan Eriksen yang memasuki tahun akhir untuk melanjutkan kontrak dan Spurs menawarkan gaji £160,000 (RM822,000) seminggu berbanding gaji sekarang £80,000 (RM411,000) dan boleh mencecah sehingga £200,000 (RM1.079 juta) seminggu.

Bagaimanapun, penasihat Eriksen memberitahu pegawai Tottenham bahawa kontrak baharu pemain berusia 27 tahun itu tidak dipengaruhi wang.

Real Madrid dan Barcelona menyatakan minat mereka mendapatkan pemain Denmark itu.

Sementara itu, di jelajah Singapura, Mauricio Pochettino mengesahkan beliau mungkin meninggalkan Tottenham jika mereka menjuarai Liga Juara-Juara.

“Mungkin jika keputusannya berbeza selepas final “OK, ini masa sesuai untuk meninggalkan kelab ini dan memberi mereka peluang membina era baru bersama jurulatih baharu,” katanya.

“Tetapi selepas final, saya rasa tidak patut menamatkannya dalam situasi.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 10:57 AM