MAGUIRE (kanan) dan  Solskjaer selepas melengkapkan sesi perjanjian hari ini. - FOTO Agensi
MAGUIRE (kanan) dan Solskjaer selepas melengkapkan sesi perjanjian hari ini. - FOTO Agensi
Reuters

MANCHESTER United menandatangani pemain pertahanan tengah Leicester City, Harry Maguire dengan kontrak enam tahun, menurut jurucakap kelab dalam pengumuman hari ini.

Butir perjanjian tidak dinyatakan tetapi media British melaporkan yuran perpindahan membabitkan 80 juta pound (RM408 juta) menjadikan Maguire pertahanan termahal di dunia.

Jumlah itu mengatasi 75 juta pound (RM383 juta) yang dibayar Liverpool bagi mendapatkan Virgil van Dijk dari Southampton pada Januari tahun lalu.

"Manchester United gembira mengumumkan pembelian Harry Maguire dari Leicester City. Harry mengikat kontrak enam tahun dengan pilihan lanjutan setahun,” menurut pengumuman itu dalam lawan web kelab.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pemain kedua termahal Old Trafford selepas pemain tengah Perancis, Paul Pogba yang ditandatangani dengan harga rekod 89 juta pound (RM454 juta) dari Juventus pada 2016.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer menganggap Maguire salah seorang pertahanan tengah terbaik masa kini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 8:55 PM