JUERGEN Klopp.
JUERGEN Klopp.
Agensi

PENGENDALI Liverpool Juergen Klopp berkata kelabnya tidak mampu berbelanja untuk mendapatkan skuad ‘bola sepak fantasi’ pada jendela perpindahan dan menengaskan beliau tidak cemburu dengan corak perbelanjaan kelab pencabar.

Selepas berbelanja pecah rekod tahun lalu, Liverpool tampak lebih berhemah musim panas ini, dengan keputusan Klopp untuk terus mengekalkan skuad sedia ada berdasarkan keperluan dan pilihan.

Beliau menjelaskan betapa kontrak mahal yang dilaburkan untuk mengekalkan pemain bintang sedikit sebanyak menjejaskan bajet meskipun meraih ganjaran dengan menjuarai Liga Juara-Juara.

Sebagai sebuah kelab, Liverpool juga turut melabur untuk infrastruktur kelab dengan pinjaman £100 juta (RM509.8 juta) untuk melebarkan Main Stand perlu dijelaskan sepenuhnya dan pusat latihan baharu dalam pembinaan.

Klopp sering membayangkan betapa kontrak mendapatkan Virgil Van Dijk dan Alisson sering digunakan sebagai bukti beliau sedia bebelanja besar apabila diperlukan yang dibantu dengan penjualan Philippe Coutinho.

Tawaran itu dibantu dengan aliran perpindahan yang bermula apabila Neymar meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris St Germain dengan bayaran £200 juta (RM1.01 bilion), dan wang berkenaan digunakan kelab gergasi Sepanyol itu untuk membeli Coutinho.

Selaras dengan polisi kelab di bawah Fenway Sports Group, Liverpool mempunyai pandangan jauh.

Kelab itu sedia menunggu keadaan pasaran sesuai untuk mendapatkan pemain yang mampu meningkatkan kualiti kesebelasan utama daripada mengeluarkan wang untuk pemain sampingan.

“Tahun ini bukanlah pengakhiran buat Liverpool,” kata Klopp.

“Tahun depan akan ada lagi jendela perpindahan pemain. Pasukan ini sudah cukup baik dan kami sudah banyak melabur untuknya. Kini kami perlu mengusahakannya.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Julai 2019 @ 1:25 PM