JUERGEN KLOPP
JUERGEN KLOPP
AFP

LONDON: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp mengakui tidak mempunyai pilihan selain melepaskan Coutinho menyertai Barcelona sambil enggan menolak kemungkinan mengeluarkan penyerang, Daniel Sturridge ketika jendela perpindahan Januari.

Pemain antarabangsa Brazil, Coutinho menyertai gergasi Sepanyol awal minggu ini dengan nilai 160 juta Euro (RM 771.98 juta) selepas gagal melakukannya ketika jendela perpindahan musim panas.

“Tiada pilihan lain,” kata Klopp. “Saya tahu saat ini akan muncul kembali dalam jendela perpindahan secara besar-besaran.

“Ia akan menjadi sukar untuk diperkatakan - dan kita sudah tentu boleh melakukan dengan kontrak miliknya - ‘kamu perlu kekal di sini’.

“(Saya bertanya kepada diri sendiri) ‘Untuk menggunakannya sebagai pemain untuk bahagian kedua musim ini, adakah ia masuk akal? Adakah saya fikir saya boleh menggunakannya dan membantu kami?’

“Ia menjadi 100 peratus jelas, tiada perubahan. Dia tidak bersedia untuk berbuat demikian.”

Klopp berkata Liverpool cuba segala yang terdaya untuk meyakinkan Coutinho untuk kekal namun perlu menerima yang hatinya sudah ditetapkan untuk berpindah ke Barcelona.

Disoal mengenai laporan yang mengatakan Sturridge boleh meninggalkan kelab itu, bos Liverpool itu menafikan pembabitannya.

“Ia adalah sebahagian daripada jendela perpindahan, jadi tidak perlu saya katakan mengenainya. “Kita akan lihat. Banyak perkara boleh berlaku dalam jendela perpindahan sehingga 31 Januari, bukan hanya Daniel.” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 1:02 AM