ANITA juara bertahan acara lontar tukul besi . - FOTO Agensi
ANITA juara bertahan acara lontar tukul besi . - FOTO Agensi
AFP

JUARA lontar tukul besi wanita dari Poland, Anita Wlodarczyk tidak akan mempertahankan gelaran dunia miliknya tahun ini selepas menjalani pembedahan lutut dan menyasarkan Sukan Olimpik Tokyo 2020, menurut atlet itu dan jurulatihnya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Wlodarczyk, 33, pemegang rekod dunia mendominasi acara itu dengan memenangi pingat emas pada dua Sukan Olimpik lalu dan empat gelaran dunia.

Selepas pembedahan lutut, dia memuatnaik fotonya di katil hospital dengan tertera perkataan "Tokyo 2020".

"Satu sasaran,” menurut kapsyen foto dengan hashtag "#Tokyo2020."

Jurulatihnya, Krzysztof Kaliszewski memberitahu stesen televisyen Poland “Kecederaan agak serius daripada dijangkakan dengan proses fisioterapi mengambil masa tiga bulan. Kami tak boleh terburu-buru. Sasaran kami Sukan Olimpik Tokyo dan memburu emas ketiga.”

"Saya akan lakukan apa sahaja bagi membolehkan Anita bersiap sedia menghadapi sukan itu,” katanya.

Kejohanan Dunia IAAF bakal berlangsung pada 27 September sehingga 6 Oktober di Doha.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 8:09 AM