JAGUH Poland, Anita Wlodarczyk mencipta sejarah menang acara sama tiga kali berturut-turut selepas merangkul emas baling tukul besi wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP
JAGUH Poland, Anita Wlodarczyk mencipta sejarah menang acara sama tiga kali berturut-turut selepas merangkul emas baling tukul besi wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Jaguh Poland, Anita Wlodarczyk muncul atlet wanita pertama menang acara trek dan padang individu di tiga Sukan Olimpik berturut-turut selepas merangkul emas acara baling tukul besi di Tokyo 2020, hari ini.

Atlet berusia 35 tahun itu yang menang emas di London 2020 dan Rio 2016, menguasai persaingan dengan catatan 78.48 meter (m).

Jarak itu lebih 1.45m mengatasi pemenang perak, Wang Zheng dari China (77.03m) manakala seorang lagi atlet Poland, Malwina Kopron menang gangsa (75.49m).

"Saya rasa gembira," kata Anita. "Saya menang bercita-cita menjadi ratu acara baling tukul besi.

"Saya cedera dan sempat pulih sebelum menang emas Olimpik buat kali ketiga."

Selepas balingan pertamanya dibatalkan kerana tersangkut di jaring, Anita menguasai persaingan dengan balingan kedua sejauh 76.01m sebelum meningkat kepada 77.44m dan mengesahkan kemenangan dengan percubaan keempat.

Jelas, tuah memihak kepada Anita yang berjaya merangkul gelaran ketiga berturut-turut di Tokyo 2020.

Sebelum ini, tiga atlet lain gagal dalam percubaan memenangi emas Olimpik buat kali ketiga iaitu pelari Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce (100m pada 2008 dan 2012); atlet New Zealand, Valerie Adams (lontar peluru pada 2008 dan 2012) serta peserta Croatia, Sandra Perkovic (melempar cakera 2012 dan 2016).

Wang memintas Malwina dalam percubaan terakhir untk merangkul perak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 11:34 PM