GALLESE (tengah) diraikan rakan sepasukan. FOTO/AFP
GALLESE (tengah) diraikan rakan sepasukan. FOTO/AFP
AFP

PENJAGA gol Pedro Gallese menyelamatkan sepakan penalti Luis Suarez ketika Peru menewaskan Uruguay menerusi penentuan penalti awal pagi tadi untuk mara ke separuh akhir Copa America di mana mereka akan berdepan Chile.

Edison Flores menjaringkan penalti kemenangan ketika Peru, yang dibelasah Brazil 5-0 dalam perlawanan sebelumnya mara ke separuh akhir buat kali ketiga dalam empat edisi terakhir Copa.

Ia satu kebangkitan menakjubkan buat Gallese, yang sebelum ini dilabel petualang kerana dibelasah tuan rumah, memberikan Brazil gol kedua dengan melorongkan bola terus ke arah Roberto Firmino, malah turut menyumbang kesilapan yang menyumbang gol pertama dan ketiga.

Namun di Salvador, dia menyedari bahawa cara terbaik untuk menyelamatkan penentuan penalti untuk menafikan penyerang Barcelona Suarez selepas pengambil sepakan penalti Peru langsung tidak melakukan kesilapan.

“Saya berbangga dengan pasukan kami, sukar untuk diluahkan dengan kata-kata,” kata kapten Peru Paolo Guerrero.

SUAREZ kecewa selepas selepas gagal sempurnakan penalti. FOTO/AFP
SUAREZ kecewa selepas selepas gagal sempurnakan penalti. FOTO/AFP

“Ramai orang berkata kami tidak mempunyai kecekalan dan keberanian. Namun kami membuktikan hari ini di padnag bahawa kami mampu menentang mereka.

“Peru mempunyai keinginan, Peru adalah wira, Peru mempunyai keberanian.”

Ini adalah perlawanan ketiga di peringkat suku akhir Copa yang berakhir tanpa jaringan dan menuju ke penentuan sepakan penalti selepas tiga gol Uruguay dibatalkan kerana ofsaid ketika masa sebenar perlawanan.

Giorgian de Arrascaeta, Edinson Cavani dan Suarez masing-masing meledak gol namun dinafikan apabila bendera penjaga garisan dilayangkan.

“Perasaannya begitu sedih dan pahit. Kami berharap dapat layak tetapi tidak mampu,” kata kapten Uruguay, Diego Godin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2019 @ 9:15 AM