PASUKAN SMKZ bergambar kenangan. -  FOTO Mohd Amin Jalil
PASUKAN SMKZ bergambar kenangan. - FOTO Mohd Amin Jalil
Mohd Amin Jalil

PASUKAN SMK Za’ba (SMKZ) Kuala Pilah muncul juara Kejohanan Bola Sepak Asian Piala Dominator Bawah 15 Tahun 2019 yang berlangsung di padang Institut Perguruan Raja Melewar di sini, semalam.

SMKZ yang juga Sekolah Sukan Negeri Sembilan (SSNS) menewaskan pasukan Sekolah Tunku Ampuan Durah (STAD), 3-0 pada perlawanan akhir untuk merangkul trofi kejohanan.

Kejohanan selama tiga hari sejak Ahad lalu anjuran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dan Syarikat Fay Holidays Sdn Bhd bermatlamat membangunkan industri sukan serta pelancongan negeri.

Kejohanan terbabit disertai enam pasukan termasuk tiga wakil dari luar negara iaitu Sekolah Antarabangsa Meeryland dari Emiriah Arab Bersatu, Sekolah Sukan Hulhumale (Maldives) dan Akademi Bola Sepak Imran dari Indonesia serta SMK Seri Ampangan, Seremban.

Yang Dipertua MPS, Datuk Zazali Salehudin berkata, kejohanan itu sebahagian inisiatif untuk mempromosikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan sukan bertaraf antarabangsa di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 11:45 PM