PEMAIN Kedah, Jonatan Bauman (kiri)  mengasak kubu PJCFC  di Stadium Darul Aman.  - FOTO  Sharul Hafiz Zam
PEMAIN Kedah, Jonatan Bauman (kiri) mengasak kubu PJCFC di Stadium Darul Aman. - FOTO Sharul Hafiz Zam
Izzali Ismail

 

KEDAH kembali ke tangga ketiga Liga Super selepas menewaskan Petaling Jaya City FC (PJCFC) 3-2 di Stadium Darul Aman sebentar tadi. 

Aksi penuh semangat ditampilkan kedua-dua pasukan dengan Kedah memulakan asakan seawal minit pertama menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar namun ditangkap kemas penjaga gol pelawat, Muhaimin Mohamad. 

Baddrol sekali lagi hampir menambah jaringan buat Kedah pada minit ke-21 menerusi tandukan selepas percubaan pertama Fernando Rodriguez gagal menepati sasaran namun disahkan ofsaid.

PJCFC cuba bangkit dengan serangan balas menerusi penyerangnya, Washington Brandao pada minit ke-26 namun penjaga gawang Kedah, Ifwat Akmal lebih bersedia menyelamatkan keadaan. 

Tuan rumah tidak menunggu lama menambah gol kedua pada minit ke-48 apabila pemain sayap  Farhan Roslan menolak bola gagal tangkap kemas Muhaimin bermula daripada hantaran Baddrol. 

PJCFC yang tidak mudah menyerah akhirnya mendapat gol sulung pada minit ke-59 hasil cubaan Brandao yang mudah memperdayakan pertahan Kedah. 

Selang lima minit, Kedah sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua PJCFC hasil cubaan G Ganiesh.

Tersentak dengan gol penyamaan PJCFC itu, Kedah bangkit dengan gol Rodriguez yang ditolak pantas ke gawang lawan pada minit ke-75 hasil hantaran sepakan sudut diambil Baddrol dan kedudukan 3-2 kekal hingga ke penamat. 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 11:32 PM