Agensi

FRANK Lampard calon pilihan untuk menjadi boss seterusnya di Chelsea dan Ruud Gullit berpandangan jurulatih kurang pengalaman itu sangat memerlukan bantuan sokongan daripada stafnya.

Lampard kekurangan pengalaman dalam pengurusan tidak membimbangkan Chelsea namun mereka harus memastikan memiliki individu yang tepat sebagai pembantunya menurut Ruud Gullit.

The Blues kini dalam pencarian boss baru selepas mengesahkan pemergian Maurizio Sarri pada Ahad, dengan warga Itali itu meninggalkan Stamford Bridge untuk mengambil alih tugas jurulatih pasukan juara Serie A, Juventus.

Legenda Chelsea, Lampard menjadi pilihan untuk mengambil alih tugas jurulatih walaupun rekod sebagai jurulatih semusim di Derby County, menyaksikan pasukan itu terlepas peluang melangkah ke Liga Perdana Inggeris selepas tewas dalam playoff liga kejuaraan ke atas Aston Villa.

Untuk rekod Chelsea dilihat berani mengambil risiko apabila melantik jurulatih kurang pengalaman pada musim sebelum ini.

Ruud Gullit bekas pemain dan pengendali Chelsea. FOTO Agensi
Ruud Gullit bekas pemain dan pengendali Chelsea. FOTO Agensi

Gullit sebagai pemain merangkap jurulatih pada 1996, manakala Gianluca Vialli mengambil tugas sama selepas pemergiaan warga Belanda itu pada Februari 1998.

“Lihat, dia (Lampard) belum melakukan apa-apa sebagai jurulatih. Mereka memberikan saya peluang sama seperti itu - dan saya menang. Ia tidak mempunyai kaitan dengannya.” kata Gullit di majlis jemputan Costa Smeralda.

“Saya fikir amat penting buat Chelsea mempunyai seseorang yang boleh diharapkan - itu yang mereka cuba cari ketika ini. "Saya harap mereka dapat mencari orang yang tepat disekeliling yang boleh membantunya.

Ruud Gullit bekas pemain dan pengendali Chelsea. FOTO Agensi
Ruud Gullit bekas pemain dan pengendali Chelsea. FOTO Agensi

“Jadi jangan buat silap untuk membawa kawan di sana, pastikan kamu mempunyai seseorang yang berpengalaman dalam pengurusan dan kejurulatihan pasukan serta perkara berkaitan. Ia pastinya yang terbaik buat dirinya.

Sarri memenangi Liga Europa dan menamatkan kempen Liga Perdana 2018-19 di tempat ketiga namun selain mendapat tawaran menarik Juve terdapat juga laporan mengatakan taktikal yang digunakan selain hubungan dengan pemain antara punca jurulatih berkenaan ‘angkat kaki’.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 11:51 AM
Pemain Chelsea Frank Lampard bersama trofi Piala Europa ketika menjulangnya pada 2013. FOTO File Reuters.
Pemain Chelsea Frank Lampard bersama trofi Piala Europa ketika menjulangnya pada 2013. FOTO File Reuters.