Aksi Rafael Nadal pada kejohanan Terbuka Perancis. FOTO Reuters.
Aksi Rafael Nadal pada kejohanan Terbuka Perancis. FOTO Reuters.
AFP

RAFAEL Nadal melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Perancis dengan kemenangan ke atas pemain kelayakan dari Jerman Yannick Maden, 6-1, 6-2, 6-4 untuk meneruskan buruan kejuaraan ke-12 Roland Garros.

Juara Grand Slam 17 kali beraksi bertenaga pada setiap perlawanan dan akan berdepan pemain pilihan ke-27 dari Belgium, David Goffin untuk layak ke peringkat seterusnya di minggu kedua.

“Dia (Maden) adalah pemain yang bagus. Dia sudah memenangi empat perlawanan menjadikannya tambah yakin,” katanya. “Pada saya ia adalah kemenangan penting.”

Pemain Sepanyol berusia 32 tahun menguasai sepenuhnya dua set awal perlawanan di gelanggang Suzanne Lenglen.

Penampilan Nadal yang dilihat ketika ini berada di prestasi terbaik, namun tiga kekalahan pada peringkat separuh akhir sengit di gelanggang tanah liat dengan persaingan kejuaraan Terbuka Itali sebelum tiba di Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 9:15 PM