Solskjaer (kanan) sedia lepaskan Pogba ke Real Madrid. FOTO REUTERS
Solskjaer (kanan) sedia lepaskan Pogba ke Real Madrid. FOTO REUTERS
Agensi

BOS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sedia melepaskan Paul Pogba untuk menyertai Real Madrid pada musim panas dengan nilai perpindahan £120j (RM638 juta).

Pemain Perancis itu dilihat sebagai pemain kunci kepada pembentukan semula skuad Solskjaer di Old Trafford selepas bekas penyerang United itu mengambil alih tugas pengendali pada Disember tahun lalu.

Malah pengurus dari Norway itu yakin dia mampu menyakinkan Pogba untuk terus berada di Manchester United.

Pogba mahu menyertai Barcelona musim lalu biarpun mempamer peningkatan pertengahan musim dan kali ini memberitahu Solskjaer mahu menyertai Real Madrid.

Naib pengerusi United, Ed Woodward yakin kehilangan Pogba kepada Real Madrid akan memberi tamparan kepada imej United serta reputasi kelab itu di serata dunia.

Bagaimanapun, Solskjaer mengakui tidak mahu membawa penumpang dalam usaha membina semula kelab dan dia perlu membenarkan Pogba berhijrah ke Bernabeu, menurut laporan tabloid Britain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 2:00 PM