Mirror

Manchester: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United kian hampir mencipta rekod dunia sebanyak £100 juta pound (RM513 juta) untuk mendapatkan bintang Perancis beraksi pada Euro 2016 Paul Pogba.

United sedia membentang tawaran terhadap pemain tengah Juventus itu dan mereka yakin dapat membawa pemain berusia 23 tahun itu semula ke Old Trafford.

Pogba meninggalkan United menyertai Juventus secara perpindahan percuma pada 2012 kerana bosan kerap tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah kendalian bos Sir Alex Ferguson.

Sejak beraksi dalam Liga Itali Pogba menyerlah di Juventus, dia muncul salah seorang pemain muda paling menonjol dalam bola sepak malah Real Madrid turut berminat mendapatkannya.

United yakin berada pada kedudukan terbaik mendapatkan Pogba dengan naib presiden eksekutif Ed Woodward memiliki hubungan baik dengan ejen pemain terbabit, Mino Raiola.

Raiola mewakili Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan dengan keduanya menyertai United musim panas ini dan keyakinan United turut meningkat kerana mereka dikendalikan ejen sama Pogba.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2016 @ 6:23 PM