Agensi/Esme Jo

PUTERA Charles mengurniakan anugerah kepada pemain tenis handalan yang membawa gelaran Sir Andy Murray atas sumbangan terhadap tenis dan muncul wira Wimbledon.

Bintang tenis Britain berusia 32 itu yang juga pemenang tiga kali Grand Slam dan juara dua kali Wimbledon berada dalam senarai penerima anugerah sempena Tahun Baru Queen sejak 2016.

Murray menerima anugerah itu di Istana Buckingham, London, semalam.

Dia mengakui berasa ‘sedikit pelik’ selepas menerima anugerah itu.

Murray berkata: “Ia pengiktirafan yang hebat terhadap keputusan saya sejak beberapa tahun lalu.

"Ia memang cara terbaik mengakhiri 2016 atau permulaan 2017 tetapi saya lebih daripada gembira jika hanya dikenali sebagai Andy.

Itu sudah cukup untuk saya.”

Murray menerima anugerah itu bersama penulis buku, Sir Philip Pullman atas sumbangan terhadap kesusasteraan.

Pemain berasal dari Dunblane itu memberi gambaran sedia untuk kembali beraksi ke kancah saingan tenis tahun ini.

Bintang tenis No 1 Britain itu berkata dia tidak mengalami sebarang kesakitan selama empat bulan selepas menjalani pembedahan menyelamatkan pinggulnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 7:02 PM
Murray (kanan) menerima anugerah dari Charles. FOTO PA Press Association
Murray (kanan) menerima anugerah dari Charles. FOTO PA Press Association