Henderson tidak akan mesej Rodgers untuk minta bantuan tewaskan City.FOTO REUTERS
Henderson tidak akan mesej Rodgers untuk minta bantuan tewaskan City.FOTO REUTERS
Reuters

JORDAN Henderson berkata pemain Liverpool akan menonton perlawanan antara Manchester City dan Leicester City, awal pagi esok, sambil berdoa berlaku keajaiban dalam pertarungan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelab Merseyside itu yang kali terakhir memenangi 18 gelaran liga Inggeris pada 1990, kini dua mata di depan Manchester City di tangga teratas liga tetapi beraksi lebih satu perlawanan.

Menang atau seri untuk Leicester yang sebelum ini menewaskan juara itu sebelum diambil alih Brendan Rodgers selaku pengurus pada awal musim ini akan memberi kelebihan kepada Liverpool sebelum menentukan takdir sendiri pada perlawanan terakhir musim menentang Wolverhampton Wanderers, Ahad ini.

“Pemain akan menonton perlawanan, awal pagi esok dan doakan untuk keajaiban,” kata Henderson.

“Saya yakin Leicester, pasukan hebat akan beraksi sebaik mungkin dan akan memberikan segala-galanya.

Adakah saya akan menghantar mesej kepada Brendan? Tidak. Mungkin. Saya akan fikirkan kemudian.

“City pasukan hebat dan kami juga begitu. Siapa meraih gelaran memang berhak mendapatnya.

“Kami tidak mampu melakukan lebih jauh dan kami tidak boleh berasa kesal.

“Ia akan menjadi perlawanan terakhir dan kami perlu bermain cemerlang di Anfield dan mengharapkan sesuatu iaitu keajaiban akan berlaku”.

Brendan pernah mengendalikan Liverpool pada musim 2012-2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 3:19 PM