Shakir Hamzah (kanan) cuba menghalang pemain import Pahang, Disckson Nwakaeme pada saingan Liga Super baru-baru ini. FOTO NSTP.
Shakir Hamzah (kanan) cuba menghalang pemain import Pahang, Disckson Nwakaeme pada saingan Liga Super baru-baru ini. FOTO NSTP.
Izzali Ismail


PEMAIN import pertahanan Kedah dari Singapura, Shakir Hamzah tidak mahu mensia-siakan peluang membantu pasukannya pada aksi suku akhir Piala FA berhadapan PKNS FC di Stadium Shah Alam, esok.

Shakir yang tidak bersama pasukan Kedah ketika menentang Selangor, Jumaat lalu, menganggap pentas suku akhir Piala FA itu adalah peluang terbaik untuk bangkit.

"Ia suasana berlainan berbanding liga kerana Piala FA membabitkan perlawanan kalah mati dan kami harus turun dengan penuh semangat dan tak harus sia-siakan peluang.

“Selepas menjalani penggantungan kad kuning satu perlawanan, saya berazam mahu meneruskan usaha dalam saingan Piala FA untuk melakar kemenangan.” katanya yang menaruh keyakinan tinggi kepada rakan sepasukan.

Bekas pemain Home United ini dijangka berdepan tugas berat mengekang pemain tonggak lawan.

"Saya sedar tugas saya dan rakan seperjuangan cukup mencabar dengan berhadapan pemain-pemain hebat dari PKNS FC antaranya Gabriel Guerra, Kpah Sherman, Romel Morales dan lain-lain yang sentiasa menunggu peluang di kubu Kedah."

"Kita tidak sesekali akan ambil mudah akan cabaran pihak lawan nanti kerana bola itu bulat dan dalam apa yang kita perlu lakukan adalah turun dengan penuh semangat dan insya-Allah kira boleh capai kemenangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 1:30 PM