NADAL (kiri) dan  Nishikori  bergambar di   Catalan Music Palace,  Barcelona, awal pagi tadi. - FOTO Agensi
NADAL (kiri) dan Nishikori bergambar di Catalan Music Palace, Barcelona, awal pagi tadi. - FOTO Agensi
Agensi

RAFAEL Nadal tekad bangkit selepas gagal mara ke final Monte Carlos Masters buat kali pertama sejak 2015 dan mahu melupakan kekalahan kepada juara baharu, Fabio Fognini di separuh akhir.

“Prestasi saya ketika itu yang terburuk di atas gelanggang tanah liat. Itu realiti, tiada apa disembunyikan dan saya tak nampak sebarang faedah jika saya menafikannya,” kata Nadal selepas bermain tenis mini menentang Kei Nishikori di Palau de la Música Catalana. “Apa yang berlaku telah pun berlaku.”

Bintang Sepanyol berusia 32 tahun itu beraksi di kejohanan pertamanya sejak menyertai Terbuka BNP Paribas di Indian Wells pada Mac lalu.

Pada 15 Mac lalu, Nadal menewaskan Karen Khachanov pada aksi suku akhir sebelum menarik diri di separuh akhir menentang Roger Federer.

Minggu ini Nadal menjadi pilihan utama di Terbuka Barcelona dan memburu gelaran ke-12 ATP 500.

“Saya kehilangan peluang memulakan musim ini dengan fantastik di Monte Carlo tetapi sekarang saya mempunyai satu lagi peluang,” katanya.

“Ini kejohanan istimewa yang menjadi sebahagian daripada sejarah tenis dan juga diri saya. Saya ada satu lagi sesi latihan pagi, kita tunggu perkembangannya dan dari segi fizikal tiada masalah.”

Nadal memenangi trofi Barcelona dan ketiga berturut-turut tahun lalu. Malah pemain nombor dua dunia itu mempunyai gelanggangnya sendiri – Pista Rafa Nadal di Real Club de Tenis Barcelona-1899, kelab tenis tertua Sepanyol.

Nadal akan menentang pemain Argentina, Leonardo Mayer dan berpeluang membalas dendam ke atas Fognini jika kedua-duanya mara ke final Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 11:27 AM