Drinkwater ditahan polis selepas merempuh Skoda. FOTO REUTERS/Backgrid
Drinkwater ditahan polis selepas merempuh Skoda. FOTO REUTERS/Backgrid
The Sun/Esme Jo Intermezzo

BINTANG Chelsea, Danny Drinkwater ditahan polis kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk selepas Range Rover dipandu merempuh sebuah kereta, hari ini.

Drinkwater, 29, ketika itu bersama peguam ‘glamor’ Beth Mantel, 33, baru meninggalkan sebuah majlis sebelum kereta dipandunya merempuh Skoda, awal pagi tadi.

Serpihan perlanggaran itu bertaburan pada laluan di Hale, Greater Manchester dan sebuah pagar juga turut mengalami kerosakan.

Polis Cheshire mengesahkan Drinkwater sudah didakwa atas tuduhan memandu mabuk dan diarahkan hadir ke mahkamah pada 13 Mei.

Menurut jurucakap: "Danny Drinkwater ditahan sejurus selepas 12.30 tengah malam pada 8 April berikutan perlanggaran sebuah kereta di Ashley Road di Mere."

Jika sabit kesalahan, Drinkwater berdepan hukuman penjara enam bulan dan lesen memandunya boleh digantung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 7:00 PM