Pengurus Manchester City, Pep Guardiola. FOTO AFP.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola. FOTO AFP.
Agensi

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola berkata pasukannya “masih remaja dalam kejohanan itu” ketika mereka melakukan persediaan untuk perlawanan kedua kelompok 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara berdepan Schalke, awal pagi Rabu.

City bangkit dari ketinggalan untuk menang, 3-2 dalam perlawanan pertama bertemu Schalke, dengan Raheem Sterling menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan.

Mereka tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara tetapi City merupakan salah satu pasukan pilihan untuk muncul juara tahun ini.

“Kita tidak boleh menafikan kekuatan pasukan lain,” kata Guardiola.

“Kamu mempunyai impian, untuk mensasarkan sejauh mana yang mungkin dan pada masa sama terpaksa menerima pasukan lain juga mempunyai sasaran yang sama.

Minggu lalu, Manchester United menunjukkan aksi bertenaga untuk kembali bangkit menyingkirkan juara Perancis, Paris St-Germain - sehari kemudian juara bertahan Real Madrid dikejutkan dengan kekalahan kepada Ajax di Bernabeu.

Roma, yang tewas kepada Liverpool pada peringkat separuh akhir musim lalu, turut disingkirkan Porto menerusi sepakan penalti pada tambahan masa permainan.

Tetapi Guardiola - berkata City masih tidak bersedia untuk berjuang ke peringkat seterusnya dalam pertandingan - percaya kelayakan untuk peringkat kalah mati adalah "kejayaan luar biasa".

“Semua kelab dalam peringkat kalah mati mahu memenangi kejuaraan ini. Ia sangat sukar,” kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 9:49 AM