PEMAIN Arsenal Alex Iwobi (tengah) terlepas peluang menjaringkan gol di   Emirates. - FOTO Agensi
PEMAIN Arsenal Alex Iwobi (tengah) terlepas peluang menjaringkan gol di Emirates. - FOTO Agensi
AFP

UNAI Emery menegaskan Arsenal masih mampu menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas walaupun tewas mengejut 2-3 kepada Crystal Palace malam tadi.

Skuad Emery menerima padah akibat pertahanan rapuh di Stadium Emirates sekali gus menjejaskan misi mereka layak ke Liga Juara-Juara.

Gunners yang juga boleh layak ke kejohanan elit Eropah itu jika menjuarai Liga Europa mula ketinggalan menerusi Christian Benteke yang menjaringkan gol pertamanya tahun ini sebelum Mesut Ozil menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Kesilapan Shkodran Mustafi membolehkan Wilfried Zaha meletakkan Palace kembali depan.

Pertahanan Arsenal yang longgar pantas dimanfaat James McArthur untuk gol ketiga pelawat. Walaupun

AKSI Ozil menjaringkan gol Arsenal. - FOTO Reuters
AKSI Ozil menjaringkan gol Arsenal. - FOTO Reuters

Pierre-Emerick Aubameyang mengurangkan defisit ia sudah terlalu lewat untuk menghadiahkan kemenangan pertama Palace di kubu Arsenal sejak Oktober 1994.

"Sangat mengecewakan kerana ini peluang terbaik kami. Set piece kami tidak menjadi dan kami tidak sekuat seperti sebelum ini,” kata Emery.

"Gol kedua mereka sangat teruk dan menjejaskan keyakinan pemain kami.”

Arsenal kini di tangga keempat, sama mata dengan Chelsea yang akan menentang Burnley, esok.

Kekalahan pertama di Emirates bermakna mereka perlu memperbaiki rekod di tempat lawan apabila menentang Wolves dan Leicester minggu ini dan Emery tetap yakin mereka mampu menghuni kelompok empat teratas.

"Kami yakin mencapai sasaran pertama - layak ke Liga Juara-Juara sama ada menerusi Liga Perdana atau Liga Europa,” katanya.

"Jika menang di Wolverhampton, kami mampu ke Liga Juara-Juara musim depan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 8:30 AM