Aksi Kane (tengah) dalam salah satu saingan Liga Perdana. FOTO File Agensi
Aksi Kane (tengah) dalam salah satu saingan Liga Perdana. FOTO File Agensi
AFP

HARRY Kane berharap Tottenham dapat memanfaatkan kelebihan hanya beraksi dalam saingan Liga Perdana apabila menyambung perebutan tempat bagi Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Saingan liga utama Inggeris dijadualkan disambung semula pada 17 Jun, dengan skuad Spurs bimbingan Jose Mourinho melayan kunjungan bekas kelabnya, Manchester United dua hari kemudian.

Tottenham mempunyai sembilan perlawanan untuk cuba menempatkan diri dalam kelompok UCL.

Anak buah Mourinho ketinggalan tujuh mata daripada empat pasukan teratas, tapi kedudukan kelima sudah memadai jika rayuan Manchester City mengenai hukuman penggantungan dua musim beraksi di Eropah ditolak.

Menang kembali perlawanan pertama mereka dan Spurs hanya berbeza satu mata di belakang pasukan di tangga kelima, United.

Pencabar Tottenham yang lain turut mempunyai beberapa perlawanan dengan Manchester United bagi saingan Piala FA dan Liga Europa, Chelsea dalam Piala FA dan Liga Juara-Juara, Wolves di Liga Europa serta Sheffield United dalam Piala FA.

"Dari pandangan kami yang tidak berada dalam mana-mana kejohanan, sememangnya kami mempunyai sembilan perlawanan tumpuan untuk mengumpul sebanyak mana mata yang mungkin dan cuba memperoleh tempat di Liga Juara-Juara." kata Kane kepada Sky Sports.

"Jadi sekurang-kurangnya semua tumpuan kami terarah kepada satu kejohanan."

Kane dijangka cergas untuk beraksi susulan hampir enam bulan berehat berikutan kecederaan hamstring yang serius.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 10:44 AM