PEMAIN muda Chelsea, Hudson-Odoi (kiri) meledak gol ketiga menentang Malmo di Stamford Bridge, awal pagi tadi. - FOTO Reuters
PEMAIN muda Chelsea, Hudson-Odoi (kiri) meledak gol ketiga menentang Malmo di Stamford Bridge, awal pagi tadi. - FOTO Reuters
AFP

CHELSEA layak ke pusingan 16 terakhir Liga Europa ketika pengendali Maurizio Sarri sedikit lega daripada tekanan selepas menang 3-0 ke atas Malmo di London, awal pagi tadi.

Mendahului 2-1 susulan aksi pertama di Sweden, Chelsea terpaksa menunggu hingga 10 minit selepas rehat apabila penyerang Perancis, Olivier Giroud menampan masuk gol yang dinanti-nanti menerusi serangan balas pantas di Stamford Bridge.

Ross Barkley memastikan kemenangan dengan sepakan percuma mengagumkan pada minit ke-74, sebaik selepas pemain Malmo, Rasmus Bengtsson dibuang padang kerana dilayangkan kad kuning kedua.

Pemain berusia 18 tahun, Callum Hudson-Odoi menggunakan kesempatan beraksi dalam kesebelasan utama apabila meledak gol ketiga enam minit sebelum tamat sekali gus mara 5-1 secara agregat.

GIROUD (dua kiri) membuka tirai jaringan buat Chelsea. - FOTO Reuters
GIROUD (dua kiri) membuka tirai jaringan buat Chelsea. - FOTO Reuters

“Kami beraksi dengan amat bagus hari ini. Kami bekerja keras sepanjang perlawanan,” kata pemain berbakat besar Hudson-Odoi, yang menjadi sasaran Bayern Munich bulan lalu.

“Gol yang hadir pada babak kedua jelas satu bonus berikutan corak permainan kami.”

Chelsea akan bertemu Manchester City pada perlawanan akhir Piala Liga Inggeris di Wembley, awal pagi Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Februari 2019 @ 7:14 AM