BARISAN pemain Chelsea meraikan kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Malmo. -FOTO AFP
BARISAN pemain Chelsea meraikan kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Malmo. -FOTO AFP
AFP

Malmo, Sweden: Chelsea semakin menghampiri kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara namun juara bertahan itu terpaksa bekerja keras sebelum menang 1-0 ke atas Malmo di Sweden awal pagi tadi.

Hakim Ziyech memecahkan benteng tuan rumah 11 minit selepas babak kedua bermula dengan penyerang Maghribi itu menyambut hantaran lintang Callum Hudson-Odoi.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel kini mengumpul sembilan mata dari empat perlawanan menyamai catatan Juventus yang kini menguasai kedudukan Kumpulan H dan enam mata di hadapan pasukan di kedudukan ketiga, Zenit St Petersburg.

"Kami berjaya melakukan tugas ini," kata Tuchel. "Kami mahukan hasil dan perlukan keputusan yang baik dan kami berjaya memberikannya."

Tuchel melawan keinginan untuk melakukan perubahan besar walaupun mengatasi juara Sweden itu 4-0 di laman sendiri dua minggu lalu.

Romelu Lukaku dan Timo Werner masing-masing mengalami kecederaan dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan.

Chelsea tidak kehilangan sentuhan penyudah selepas ketiadaan dua penyerang pilihan itu walaupun Kai Havertz tidak begitu menyerlah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 9:53 AM