Pemain Korea dan Newcastle, Ki Sung-Yueng. FOTO Agensi.
Pemain Korea dan Newcastle, Ki Sung-Yueng. FOTO Agensi.
Agensi

Pemain tengah Newcastle Ki Sung-Yueng berkata dia sudah mengumumkan persaraan dari beraksi bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan selepas kecewa sering hilang tempat di peringkat kelab.

Pemain berusia 30 tahun yang sering menjadi pilihan pasukan kendalian Rafa Benitez sebelum Krismas lalu menerima panggilan menyertai pasukan Korea Selatan hanya dua minggu sebelum saingan Piala Asia bermula, ketiadaannya sedikit mengecewakan pemain dan boss Magpies itu.

Sung-Yueng kemudian mengalami kecederaan otot dalam perlawanan pertama kejohanan itu sehingga memaksa dia berehat panjang.

Dia mengumumkan persaraan antarabangsanya selepas kembali ke Tyneside, di mana dia mendapati produk akademi bola sepak, Sean Longstaff menjadi pilihan utama di posisinya.

Dan Sung-Yueng berkata : “Inilah masanya untuk saya memberi tumpuan kepada Newcastle. Saya sudah beraksi banyak perlawanan untuk Korea dan ulang alik antara empat atau sehingga 10 tahun sebelumnya.

“Ia sangat sukar, ketika waktu seperti ini. Kamu beraksi baik dalam pasukan dan terpaksa pergi. Apabila kamu kembali semula, seseorang sudah mengambil tempat kamu. Ia telah berlaku banyak kali dalam karier saya disebabkan tugasan pasukan kebangsaan.”

Sung-Yueng adalah pemain yang dipindahkan secara percuma dari Swansea pada musim panas lalu - tidak berada dalam senarai pemain utama di St James Park sehingga pada November lalu.

Tambahnya: “Saya sudah melihat Sean (Longstaff) ketika latihan, saya tahu dia mempunyai kualiti. Kami mempunyai saingan yang baik ketika ini. Pada saya, saya perlu menunggu peluang saya semula.

“Paling utama, saya perlu cergas seperti sebelum ini. Saya perlu menggandakan latihan. Saya perlu melakukannya untuk tempoh pertama musim ini, tunggu dan bekerja keras, dan melakukannya lagi.”

Newcastle, yang menduduki tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris akan melayan kunjungan pasukan di tangga tercorot Huddersfield, Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Februari 2019 @ 10:49 PM