Breakdance akan dipertandingkan di Sukan Olimpik. -Foto AFP
Breakdance akan dipertandingkan di Sukan Olimpik. -Foto AFP
AFP

PARIS: ‘Breakdancing’ dijemput sebagai sukan baharu oleh penganjur Sukan Olimpik Paris 2024, demikian menurut ketua jawatankuasa penganjuran tempatan hari ini.

Papan selaju, sukan mendaki dan meluncur yang sudahpun ditambah kepada program Sukan Olimpik Tokyo 2020, dijemput untuk kembali dipertandingkan di Paris.

Pengarah jawatankuasa penganjur Paris 2024, Tony Estanguet berkata kemasukan empat sukan berkenaan bertujuan menjadikan Sukan Olimpik lebih ‘urban’ dan lebih ‘artistik’.

Pemilihan empat sukan itu bagaimanapun masih perlu diluluskan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Breakdance diperkenalkan di Sukan Olimpik Belia 2018 di Buenos Aires, menerusi bentuk ‘battle’.

OOC mengumumkan bahawa jumlah atlet yang bertanding pada 2024 akan dikurangkan kepada 10,500 yang mengehadkan kemungkinan untuk memasukkan sukan tambahan.

Namun penganjur berkata kemasukan empat sukan itu tidak akan memerlukan pembinaan infrastruktur kekal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Februari 2019 @ 7:42 PM